Kisah tak best - Kisah penciptaan perigi?
Nota : Pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab di atas ketidakbestan citer yang dipaparkan di blog ini. Sebarang kejadian akibat membaca cerita ini seperti pengsan, meracau, muntah-muntah dan lain-lain adalah tidak menjadi kesalahan penulis. Penulis hanya menulis cerita yang tak best ini untuk memenuhi masa penulis. Sebarang kaitan antara hidup atau mati amatlah dikesali.Ada satu kisah seorang pemuda, A yang hidup di zaman dahulu kala. Kerjanya hanya termenung dan berfikirkan tentang makna kehidupan (tak leh nak tulis kerja dia hanya surf Internet..waktu tu tak wujud lagi Internet). Pandangan dia memang berbeza daripada orang-orang lain yang sezaman dengannya. Mak A selalu membebel tentang A.
Mak A : Engkau ni tak de keja lain. Termenung, berfikir, termenung, berfikir. Cuba la buat keja-keja yang ada nih.
A : Mak nih. Mana rock buat keja-keja macam ni. Orang nak keja lain. Berlayar ke. Buat menda baru ke.
Mak A : Apa rock-rock? Apa tu rock? Pandai2 je lah ko ni A. Bila orang suruh ada je nak menjawab nye.
A : Mak, apsal kita kena angkut air dari sungai tu semata-mata nak bagi ada air kat rumah kita ni? Kalau air tu ada depan mata kita ni kan best?
Mak A : Tengok tu. Tadi rock, sekarang ni best pulak engkau ni. Mana-mana lah datang nye menda-menda tu nak oii..Kena sampuk hantu dah ke engkau ni?
A : Ish, mak ni. Orang pakai istilah-istilah tuh pun kena sampuk hantu ke? Mak ni tak sporting la.
Mak A : Sporting, morting. Dah lah. Mak cakap banyak-banyak pun bukan engkau nak dengar. Ada je ayat yang engkau pakai untuk bangkang mak.
Setelah mak A blah dari pandangan, maka A pun meneruskan usaha bagi memikirkan cara untuk menyediakan air di depan rumahnya. Fikir, punya fikir punya fikir, tetiba hari pun hujan.
A : Eh, dah hujan la. Baik aku masuk rumah dulu.Alamak, lupa pulak kain kat luar. Mati aku kena membebel lagi lepas ni dengan mak. Argghh..baik aku angkat dulu.
Maka berlari-lari anak ler A untuk mengangkat baju di ampaian. Tengah-tengah berlari, maka A terpijak lopak air dan terjatuh ler air di dalam lopak air tersebut.
A : Aduh, celaka sungguh lopak air ni. Habis basah kuyup baju aku ni.
Tetiba A mendapat ilham untuk sediakan air di depan rumahnya. Lagipun, kalau A dapat menyiapkan projek ni dan membuktikan fikiran dia bernas, maka tak perlu le dia nak berulang-alik ke sungai semata-mata untuk mengambil air. Sebab dia terlalu lama memikirkan projek R&D nya yang akan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan, maka habisla basah kuyup baju-baju di ampaian tu.
Mak A : Hei A. Apa engkau buat tengah-tengah hujan tu. Kenapa lah engkau tak angkat kain baju tu?
A : Mak ni. A nak angkat la tadi tapi tetiba jatuh tengah-tengah lopak ni nak buat macam mana.
Keesokan harinya, A memulakan projek nya itu. Puaslah dikumpulnya bahan-bahan untuk melaksanakan projek tersebut. Maka gembiralah mak A melihatkan anaknya tekun bekerja. Difikirkan anaknya sudah berubah hendaknya. Maka selama berbulan-bulan, A mengorek tanah di kawasan rumahnya bagi menakung air hujan nanti. A mengorek dengan sedalam yang mungkin kerana pada fikirnya, nanti lagi banyak air hujan yang boleh ditakung. Lagipun A bimbang kalau dia korek lubang yang besar di sekeliling rumahnya, mak nya akan memaksa A meninggalkan projek tersebut.
Setelah berbulan-bulan A mengorek, maka dia memutuskan bahawa hari esok adalah hari terakhir untuknya mengorek lubang itu. Selepas hari esok dia akan meletakkan batu-batu bagi menakung lubang yang akan dikoreknya (waktu tu bata tak de lagi). Tengah-tengah mengorek, tetiba terpercikla air dari lubang tersebut. Makin lama makin besar percikan air tersebut. Maka, kalutla A untuk keluar dari lubang tersebut.
A selamat keluar dari lubang tersebut, dan di tengah-tengah kekalutan, A pun membaling batu ke dalam lubang tersebut. Mak A yang dengar kekalutan tersebut pun pergi mendapatkan A.
Mak A : Kenapa nak?
A (yang sedang membaling batu) : Pergi, pergi, pergi...
Mak A (tengok ke dalam lubang yang dikorek A) : Eh, ada air? Ada air nak dalam lubang tuh.
A (yang sedang membaling batu): pergi, pergi, pergi..
Mak A : Apa yang perigi nyer..
A (yang tetap membaling batu): pergi, pergi, pergi..
Mak A : oo..nama menda ni perigi ke?
Orang-orang kampung yang mendengar jerit-pekik A pergi ke rumah A.
Pak cik B : Apa yang berlakunya mak A?
Mak A : Entahla Pak cik B. A ni asyik panggil perigi, perigi je untuk lubang ni.
Pak cik B (menjenguk ke dalam lubang tersebut) : Eh, ada air? Apa nama menda ni mak A?
Mak A : Entah. A panggil perigi je dari tadi. Perigi la kot?
Pak cik B : Ooo..perigi rupanya.
Sejak dari itu, lubang yang dikorek oleh A dipanggil perigi. Orang kampung pun bergotong royong membina perigi di kawasan-kawasan lain di sekeliling kampung. Sejak itu, A dipandang tinggi oleh orang kampung kerana menyenangkan tugas bagi mengambil air.
Dengan ini berakhirlah kisah tak best ini..hehehe..


0 Comments:
Post a Comment
<< Home